Petang tadi kebetulan aku ke satu assmnt Datuk Zaman Khan, bertemu dengan bekas bos dan juga cikgu aku, Syahril Kadir klik
Selepas majlis, sempat aku berbual dengan Datuk Zaman, beliau merupakan bekas pengarah CID Bukit Aman yang amat tegas dengan anak buahnya.
Kira banyak jugaklah peribincangan kisah lampau dengannya, paling menarik beliau pernah dihubungi oleh penjenayah paling dikehendaki dan diugut bunuh.
Akhirnya, pada tahun 1993 kalimuthu mati dengan butiran peluru polis di bentong.

Hari ini, tampil Metro Matenity Hospital atau dalam bahasa melayunya Hospital Bersalin Metro, Klang menafikan pihaknya terlibat dalam sindiket penjualan bayi.

Tiga lokasi penangkapan polis dibuat di Klang, Banting dan Kajang yang menahan 13 orang suspek termasuk pembeli.

Difahamkan kegiatan berkenaan didalangi oleh wanita tua dikenali untie lingkungan 50an. Dalang sindiket itu ditahan polis dan tiga daripada mereka dituduh dimahkamah baru-baru ini.

Menarik, pihak hospital yang juga mempunyai cawangan diBanting dan Klang itu menafikan sekeras-kerasnya kepada media.

ketika sidang akhbar


barisan staff  hospital

Pelik aku apabila semua aku menolak cadangan aku install SKYPE. Depa cakap FB ngan YM dah tak terlayan. Jadi semua malas nak install. Mungkin kerana juga tak tau cam aku kot, sebab tu tak mau. Tapi sekurang-kurangnya aku nak belajar.

Tadi aku terbaca blog abg syahril klik sini mengatakan SKYPE lah yang digunakan MP Rompin, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis menggunakan benda alah tu bagi merasmikan satu majlis di kampungnya secara maya.

Klu korang semua nak tau, dia gunakan benda tu semasa berada di Washington US, kerana menjadi Duta Malaysia di US.

SKYPE sebenarnya seakan-akan fungsi YM tp ia sedikit laju, penggunaannya percuma tanpa had.

SPRM wujud mulai 1 Jan tahun ini bagi menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR). Tujuan utamanya adalah untuk membasmi semua bentuk rasuah, salah guna kuasa dan dan penyelewengan.

Berikut ialah senarai penuh pelantikan yang diumum hari ini:

LEMBAGA PENASIHAT PENCEGAHAN RASUAH

1. Tun Abdul Hamid Mohamad (Bekas Ketua Hakim Negara)
2. Tan Sri Hamid Bugo (Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak)
3. Prof Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan (UIAM)
4. Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan (Pengerusi ISIS Malaysia)
5. Tan Sri Simon Sipaun (Pesuruhjaya Suhakam)
6. Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas (Presiden, Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia)
7. Puan Sri Zaiton Zawiyah Puteh (Bekas peguam cara, pejabat Peguam Negara)
8. Datuk Rashpal Singh A/L Jeswant Singh
9. Tan Sri Yong Poh Kon (Pengarah Urusan Royal Selangor International Sdn Bhd)
10. Datuk Anwar Fazal (Pengarah, Right Livelihood College, USM)
11. Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim (UM)
12. R.Chelvarajah (Peguam dengan Sault & Co, Melaka)

PANEL PERUNDINGAN DAN PENCEGAHAN RASUAH

1. Datuk Seri Azman Ujang (Pengerusi Institut Akhbar Malaysia)
2. Tan Sri Ramon Navaratnam (Presiden Transparency International Malaysia)
3. Prof Datuk Dr Abdul Rahman Embong (IKMAS)
4. Dr Zainal Abidin Abdul Majid (Business Ethics Institute of Malaysia)
5. Datuk David Chua (Pengarah Urusan DC&A Group Sdn Bhd)
6. Datuk Seri Wong Chun Wai (Ketua Pengarang Star Publication)
7. Datuk Kamaruddin Zakaria
8. Tan Sri Nordin Kardi (Naib Canselor UUM)
9. Datuk Prof Dr Ishak Tambi Kechik (Bekas Naib Canselor USM)
10. Anis Yusal Yusoff (Fellow Utama KITA,UKM)
11. Tan Sri Robert Phang Miow Sin (Exco, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia)

PANEL PENILAIAN OPERASI

1. Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil (Pengerusi Takaful Malaysia Berhad)
2. Datuk Cecil Abraham (Konsultan di Zul Rafique & Partners)
3. Nik Mohd Hasyudeen Yusoff (Presiden Malaysian Institute of Accountants)
4. Walter Sandosam (Presiden The Institute of Internal Auditors Malaysia)
5. Datin Aminah Pit Abdul Raman (Amanah Raya Berhad)
6. Datuk Md Hamzah Md Kassim (CEO IA Group)
7. Prof Dr Syed Noh Syed Ahmad (UiTM)

JAWATANKUASA ADUAN

1. Datuk Mohd Nor Abdullah (Bekas Hakim Mahkamah Rayuan)
2. Datuk Muhammad Mohd Noor (Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri)
3. Datuk Wan Abdul Wahab Abdullah (Bekas Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam)
4. Chooi Mun Sau (Peguam bela & Peguam cara)
5. Ravindran V.Muthu (Peguam bela & Peguam cara)

JAWATANKUASA KHAS MENGENAI RASUAH

1. Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (Anggota Parlimen Kangar)
2. Datuk Razali Ibrahim (Anggota Parlimen Muar)
3. Datuk Abdul Rahman Dahlan (Anggota Parlimen Kota Belud)
4. Dr Tan Seng Giaw (Anggota Parlimen Kepong)
5. Salahuddin Ayub (Anggota Parlimen Kubang Kerian)
6. Senator Zamri Yusuf (Kedah)
7. Senator Datuk Armani Mahirudin (Sabah)

– BERNAMA

Anwar dan BTN.
Rakaman pada tahun 1993, di Langkawi Kedah.

juga klik sini

Aku terbaca hari ini kisah tengku mahkota kelantan dan adiknya tengku temenggung.
Kisah dua beradik ini bergaduh kerana si abang melucutkan adiknya hak sebagai pewaris diraja.
Punyalah melenting adik, hinggakan membawa kes berkenaan ke muka pengadilan.
Sayangnya usaha berkenaan menemui jalan buntu apabila mahkamah memberi tahu si abang mempunyai kuasa mutlak tentang perkara itu kerana keputusan dibuat ketika dia memegang jawatan sebagai pemangku raja.
Jawatan berkenaan diperolehi selepas memangku tugas ayahnya yang kini gering.
baca di sini

Selepas empat individu diheret ke Mahkamah Sesyen Klang baru-baru ini, difahamkan esok giliran Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB), Datuk Seri Tiong King Sing pula didakwa berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

King Sing antara beberapa tokoh yang disebut terlibat secara langsung dalam skandal PKFZ yang dibina di kawasan seluas 400 hektar sebagai hab penghantaran kargo bersepadu.

Projek itu telah menimbulkan kontroversi apabila kosnya melambung daripada RM2 bilion kepada RM4.6 bilion.

Dalam pada itu, King Sing yang juga Ahli Parlimen Bintulu gagal dihubungi bagi mengesahkan perkara itu.

Sebelum ini, beliau pernah dipanggil memberikan keterangan di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman di Bukit Perdana pada 10 September lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan ketika dihubungi memberitahu beliau tidak mengetahui perkara berkenaan.

Isnin lalu, bekas pengurus projek syarikat kontraktor pembangunan PKFZ, Law Jenn Dong, 51, dihadapkan ke mahkamah sama atas 24 tuduhan menipu membabitkan tuntutan lebih RM116 juta. Beliau sebelum ini pernah berkhidmat dengan Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) mengaku tidak bersalah.

Minggu lalu, bekas Pengurus Besarnya, Datin Paduka Oi Choo Phang juga mengaku tidak bersalah atas tiga tuduhan pecah amanah terhadap dana milik lembaga tersebut sebanyak RM254.85 juta.

Manakala Pegawai Operasi KDSB, Stephen Abok, 51, dan Seng Swee, 48, dari syarikat perunding BTA Architect pula didakwa atas dua tuduhan menipu LPK membabitkan tuntutan sebanyak RMRM5.42 juta.

percubaan link dari blog ke fb

Tahniah dan moga kekal hinggal akhir hayat.
Selamat Pangantin Baru aku ucapkan kepada kalian.
ala-ala pinkky
kisah tasik di teluk intan

kad jemputan

Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan penulis-penulis blog di negara ini supaya menjadikan ‘Kod Etika Blogger’ sebagai garis panduan penulisan mereka di Internet.
Kod etika itu dikeluarkan oleh Persatuan Wartawan Profesional berpangkalan di Amerika Syarikat amat penting dalam membina dialog melalui dunia blog.
Beliau berkata demikian dalam entri terbarunya melalui blog www.1Malaysia.com.my.
Kod etika yang patut dijadikan panduan:
* Penulis blog perlu jujur dan adil dalam mengumpul, melapor dan menterjemahkan maklumat.
* Tidak memplagiat hasil tulisan.
* Mengenal pasti sumber yang boleh dipercayai.
* Tidak menerbitkan maklumat tidak tepat.
* Membezakan antara maklumat sokongan, komentari dan fakta.
* Mengakui sebarang kesilapan dan membuat pembetulan dengan segera.
* Menerangkan tujuan blog dan membuka perbincangan mengenainya kepada penulis blog lain dan orang ramai.
* Memberitahu sebarang aktiviti yang diadakan, kerjasama dan juga agenda peribadi mengenai blog.
* Berhati-hati dalam menyiarkan maklumat sensasi yang boleh memberi kesan pada mana-mana pihak.
klik di sini

Next Page »