kenapa dengan aku yang agak lemah beberapa hari ini.
kepala berat, hati tak tenteram, adakah perlu aku bersama keluarga atau sebaliknya.
aku sedang memikirkan kereta, rumah, rumah sewa dan masa depan.
dapatkah aku menyelesaikan serentak semua itu.
dh penat badan rasanya berulang jauh hampir 2 tahun
October 2009
October 30, 2009
Serabut kepala dan sistem badan yang sedikit lemah
Posted by mohdfazli under Uncategorized[2] Comments
October 15, 2009

- MOHD FAZLI ZAINUL ABIDIN
Masih belum terlambat untuk aku meneruskan usaha aku, jika masih tidak berani, masih belum terlambat untuk berundur.
October 15, 2009
Sebuah Pondok Agama di Pattani Selatan Thailand memerlukan bantuan bahan pembelajarannya.
Dikenali:
Yayasan Islam Pondok Dala,
A. Yaring, Ch. Pattani,
94150, Thailand.
Aku sendiri pernah menemuramah pemilik pondok yang berusia lebih 90 tahun itu memberitahu mereka meneruskan sesi pengajian dengan mengharapkan sumbangan orang ramai.
Tenaga pengajar juga tidak dibayar, pengajaran dilakukan secara bergilir.
Sedih memikirkan pusat pengajian Islam perlu merayu sedemikian untuk mendapatkan bantuan.
Pernahkah kita mendengar permohonan dari pusat pengajian agama lain.
Mereka memerlukan tiga kitab yang bertajuk;
1. Fhathulbari Sharah Hadis Bukhari,
2. Majmu’ bagi Imam Nawawi,
3. Lisamulmizan bagi IbnuHajar.
Besar pengharapan jika ada penderma yang mahu memberikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.
Aku sedia memanjangkan perkara ini dan memastikan ia disampaikan dengan selamat, Insyaallah,..
October 14, 2009

Baru-baru ini aku ditugaskan byelection selama dua minggu di Bagan Pinang, Port Dickson.
Di sana pelbagai pengalaman dapat aku kumpulkan, ye la sebelum ini aku hany dok buat coveragge crime story, tapi kali ini diberi peluang buat politik.
Sepanjang disana, kerjasama baik dari rakan sepejabat, fairuz, bob, shahrol, jai, baya dan samsul menyebabkan kerja kami pantas.
Bukan di lokasi sahaja, malahan komitmen mereka di opis juga byk membantu kami.
Paling best aku belajar mengurus pasukan.
Dalam keasyikan bertugas disana, sudah dikatakan jodoh tak ke mana, aku bertemu dengan tiga kawan yang telah enam tahun tidak berjumpa.
Hafis, Mat Sob dan Syakila.
Tak sangka, pertemuan singkat itu berjaya mengimbau kisah terdahulu kami semua. Depa bertiga dah menjadi polis, cuma aku seorang penulis jalanan.
Walaupun dua antara mereka berpangkat Inspektor dan seorang Kontabel, hubungan kekawanan kami amatlah aku hormati.
Takut terharu dan teruja dengan sikap profesional kengkawan ini.
Ini dikatakan jodoh kami,..
*Menitiskan air mata bila berpisah
Kisah satu lagi yang amat mengecewakan aku, hampir enam tahun aku mengenali seorang ini dan menganggapnya sebagai kwan baik selama pengajian dan sms aku kerja.
Tapi tak sangka hubungan kami dimudahkan saja, dan memutuskan perhubungan.
Kisahnya bermula apabila dia habiskan intenship kira-kira dua bulan lalu.
Sepanjang masa intenship kami sering jugak berhubung, masing-masing kadangkala berbincangkan masalah.
Tapi sejak habisnya dia, terus menukarkan talian tel, bukannya satu tapi dua-dua, ini yang aku pelik.
Hampir dua bulan jugak aku mencari numbernya, dan aku juga telah cuba memadamkan memori bersamanya, kerana malas melayan perasaan.
Tetapi malam tadi dia, tiba2 muncul dalam YM aku, aku tanya kenapa tukar number tak cakap, simple reasons dia jawab, tak sempat.
Dia masih anggap aku best friends, but inikah best friends, jika tukar number lupakan best friends….
Hangin aku, haruskah aku membiarkan dia dalam sanubari ataupun hapuskan sahaja in my minds,..
*Masih perlukah aku menyimpan sahabat begini.
MFZA: mujurlah aku masih ada ‘best friend’ yang tak mungkin aku padam dalam hidup,…
October 1, 2009
Alhamdullillah, selamat sampai ke Bagan Pinang akhirnya,..
Akan ditempatkan selama 12 hari bagi mencari berita dan segala cerita agar dapat dimuatkan didalam SINARHARIAN.



