
Eddie Kong
Pelakon lagak ngeri yang dilaporkan lemas selepas melakonkan babak akhir sebuah filem Tamil di tasik The Mines berhampiran sebuah hotel di Seri Kembangan, petang Isnin lalu ditemui terapung kira-kira 200 meter daripada tempat mangsa didakwa lemas.
Jurucakap bomba berkata, mayat mangsa, Kong Chai Ming, 40,ditemui kira-kira jam 10.30 pagi semalam berhampiran sebuah menara di tasik berkenaan ketika Unit Skuba Bomba dan Penyelamat negeri Selangor melakukan rondaan pencarian.
“Selepas menjalankan operasi mencari dan menyelamat selama 48 jam sejak tempoh mangsa dilaporkan hilang di tasik itu kami membuat rondaan untuk melihat kemungkinan mangsa timbul di permukaan tasik itu.
“Ia selepas melakukan beberapa kali selaman oleh unit skuba untuk mencari mangsa yang dilaporkan lemas ke dalam satu bahagian tasik yang dianggarkan mempunyai paras kedalaman hampir 60 meter,” katanya.
Posted by mohdfazli under
Uncategorized 1 Comment

Yasmin Ahmad
Yasmin Ahmad masuk ke ICU pulak ketika mesyuarat bersama CEO Media Prima, Datuk K dan Datuk Siti Nurhaliza bagi menjayakan filem terbarunya.
Pengarah prolifik yang sentiasa panas dengan filem-filem kontroversinya, Yasmin Ahmad rebah ketika mesyuarat bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Media Prima Berhad (MPB), Datuk Farid Ridzuan berserta Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Khalid Jiwa pada jam kira-kira 3.30 petang semalam.
Menurut jurucakap bagi pihak keluarga Yasmin, Tan Kien Eng, Yasmin dipercayai terduduk ketika mesyuarat untuk satu projek terbaru yang diadakan di pejabat Datuk Farid di Sri Pentas, Bandar Utama, Damansara. Pihak MPB segera memanggil doktor yang bertugas di klinik Sri Pentas untuk memberi rawatan kecemasan sebelum beliau di hantar ke Pusat Perubatan Pakar Damansara menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut.
Setibanya di hospital, Yasmin diberikan rawatan kecemasan sekali lagi sebelum disahkan koma dan dimasukkan ke wad ICU untuk rawatan lanjut. Sekitar jam 6.00 lebih, Yasmin dipindahkan ke wad pembedahan.
Yasmin sebelum ini terkenal dengan filem-filem arahan beliau yang pernah dinobatkan sebagai Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-18 dan ke-19, Sepet dan Gubra selain memenangi beberapa anugerah di peringkat antarabangsa. Selain itu, filem Mukhsin dan Talentime arahan beliau turut pernah memenangi anugerah luar negara seperti di Berlin, San Francisco, Singapore dan di Filem Festival Cannes.