June 2009


Kembali sediakala, hope ok ja seperti dirancang.
Mesti focus.

Just Two Days in Miracle

Just Two Days in Miracle

Orang ketiga, wujudnya pelbagai boleh berlaku.

Kau boleh buat orang bergaduh,
Kau menyebabkan maksiat,
Kau sebenarnya celaka,
Cukuplah sekali, jangan buat lagi,
Kerana kau yang menjadikan orang sengsara.

Orang ketiga,
Berubah hari ini,
Tak elok rezeki dengki,
Tak elok ilmu curi,
Tak elok busuk hati,
Mulalah hari ini.

Ingatlah sahabat yang mengkuti, kita manusia sering melakukan kesilapan dan kesalahan, tapi janganlah sesekali melakukan kesalahan yang dicipta kita sendiri.

DIA Maha Pengampun, bagaimana dosa kita sesama manusia.

Akibat seks bebas, lahirlah bayi yang tak berdosa

Akibat seks bebas, lahirlah bayi yang tak berdosa


Apalah yang diketahui oleh bayi malang ini, gara-gar sikap ibu dan bapanya dia yang terpaksa berdepan dengan benda yang dia sendiri tak pernah lakukan.
Laporan SH edisi Selangor;
Bayi yang masih bertali pusat, uri tidak dipotong dan ada kesan darah dibuang tidak sampai sepuluh hari dengan kejadian pertama di kawasan berdekatan.
Seorang bayi perempuan comel yang diletakkan dalam bakul di hadapan sebuah rumah.
Seorang ahli perniagaan yang pada mulanya menyangka sebuah bakul diletakkan di belakang rumahnya adalah ‘hadiah’ pemberian seseorang terkejut apabila mendapati terdapat seorang bayi di dalamnya.

Bulan adakalanya indah untuk dilihat, namun apabila ia dilindungi awan, sinarnya menuju kegelapan

Bulan adakalanya indah untuk dilihat, namun apabila ia dilindungi awan, sinarnya menuju kegelapan


Jika perpisahan sepahit hempedu,
lebih baik tiada pertemuan.
Jika adanya pertemuan,
pastilah perpisahan dihujungnya.
Segalanya telah tertulis,
bukan satu perancangan, tetapi adalah kebetulan.
DIA menguji kamu adalah kerana kamu mampu hadapinya.
DIA berikan ujian, demi kekuatan.
Kenapa terlalu sukar menerima perpisahan.

Masa muda

Masa muda


Mikail kini

Mikail kini


Mikail @Micheal Jackson telah dipanggil menemui maha pencipta. Dikhabarkan beliau mati didalam Islam, jika benar Alhamdulillah.
Moga rohnya dicucuri rahmat.

Minggu ini aku sedikit muram berikutan beberapa sahabat karib aku meninggalkan kerjayanya di SH.
Ada antaranya berhijrah ke media lain demi mencari pengalaman dan ada juga yang keluar bidang terus dan menjadi pendidik.
Apapun mereka diharap membuat pilihan terbaik.
Sebenarnya pemergian mereka aku punya prestasi sedikit tergugat kerana agak kesepian.
Yela dalam keadaan kami mencari resepi terbaik di SH, mereka meninggalkan. Bagaimanapun perjuangan ini tetap diteruskan.
Bagi mereka yang masih berada di samping SH, aku turut berbangga dan mengucapkan jutaan terima kasih.
Bersama kita menjayakan agenda rakyat.
Aku tidak boleh terlalu lama duduk kerana ini, aku pelu bangun, tetapkan diri yang mana aku akan bangun semula.
Insyaallah, perjuangan kita masih belum selesai.
Kepercayaan yang diberikan adalah sesuatu yang diberikan tidak harus disiasiakan.
Yang pergi tetap pergi, yang masih ada life must go on. Kita bantu sesama kita, ajar kejayaan lahir kelak.

Minggu nie aku bercuti dua hari, khamis dan jumaat. Seperti hari2 biasa, aku akan menghabiskan cuti di UPM, tapi kali nie pemergian aku ada misi, bukannya suka2 seperti selalu.
Kebetulan lepak di Fakluti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), aku terjumpa la salah seorang staff yang dulunya memang menjadi kawan baik masa aku study, sedangkan dia staff.
Adalah kebiasaan aku akan bergaul dengan org lebih tua, biasalakan pepatah ada ckp org tua lebaih dulu makan garam.
Lepas sembang beberapa ketika dengannya, dia pun pergi, lalu aku segera tiba-tiba teringatkan satu kata-kata yang amat mengusarkan aku.
Untuk tidak memalukannya namanya, biarlah aku rahsiakan dan sekadar aku namakan ‘Ayup’.
Satu hari ketika di bilknya, Ayup bertanya pandangan aku,. 
“Palie aku ada masalah la, aku nak tanya hg cam mana aku teruskan ke lupakan.
Aku: Eh awat ayup, cam bsaq ja hg punya masalah nie.
Ayup: Memang besaq palie, aku pun dh blur tak tau nk buat apa, makan tak lalu, apatah lagi nak pikiaq, tak nak pikiaq, dia dok mai dalam kepala aku. 
Aku: Apa sebenarnya hg nie, kalau bab duit aku tak leh tolong, ye la PTPTN aku dpt half, cuma monthly survive ngan scholarship ‘FAMA’ ja. (FAMA= Loan bulanan dari kg). Kalau keja yang bos bg aku lh la sumbangkan idea gak.
Ayup: Palie nie bukan masalah duit dan kerja, nie masalah peribadi aku. Tetang masa depan aku.
Aku: Alamak, dalam hati aku berkata, ingatkan kawan ngan orng yang lebih berusia dia bueh bantu aku klu ada masalah. Nie dah terbalik pulak, aku kena bantu dia, tapi dah kawan punya pasai aku ckp ok lah. Hg habaq kat aku apa maslah hg.
Ayup: Palie sebab aku percayakan hg aku nk tanya pendapat hg, sebenarnya aku ada suka kat org depan tu, (means blok depan pejabatnya), baru aku dok usha, ada org ckp dia dh tunang baru-baru nie.
Aku: Oh akak ……., hg nie dok gilakan dia plak ka.
Ayup: Itu la memang aku sukakan dia, tapi dulu tak berani cakap, so skrg dia dh tunang, kalau aku tak cakap aku  rugi, nak cakap takut da tolak dan aku yang malu nanti. Itu yang aku pening nie.  Apa pendapat hang?
Aku: Hang punya kes nie kira berat la ayup, nak cakap tak kena, tak ckp pun tak kena. Hang kawan aku kat sini, akak tu pulak dh cam kakak aku, tak sanggup aku jadi org tengah.
Ayup: Otak hg la, aku tak suruh hg jd org tengah, tapi suruh hg bagi idea ja. Apa perlu aku lakukan, lupakannya ataupun cakapkannya.
Aku: Oh sorry la bro, aku tak da niat nak sakitkan hati hang, cuma apa yang boleh aku ckpkan ada dua pilihan, “go or never”, tapi hang ada risiko, kalau hg cakapkan mungkin hang dapat dia (jika dia pun ada perasaan kat hang, oklah +ve) ataupun hang akan hilang dia sebab hang dah lacurkan kepercayaan sebagai sahabat. Kalau hang tak p pulak, hang dah mengalah awal, kalah sebelum berjuang adalah pengecut bro, tapi sanggupkah melepaskan dia. Mana tau hang punya rezeki dia bersama hang. Tapi hg kena kering ceritakan apa yang hang dok pendamkan selama ini.
Ayup: Itu la yang aku tak sanggup lakukan, aku takut hilang persahabatan kalau dia tolak aku, tp aku tak sanggup lepaskan dia, kenapa Allah temukan aku ngan dia dalam situasi begini.
Aku: Yup tak baik hg salahkan qadak dan gadar, semua tu dah tertulis dalam diri kita. Kita kena terima, actually Allah akan uji umatNYA yang mampu hadapi, jika tak mampu, dia tak bagi ujian.
Ayup: Itu la palie, aku pun blur skrg nie, tak tau apa yang aku nk lakukan lagi, cakap salah tak cakap pun salah.
Aku: La nie aku rasakan hg kena terima kalau hang tak sanggup lepaskan dia, hg kena ckapkan hang suka dia, mana tau jodoh hang ngan dia, walaupun bertunang ngan orang lain, entah rezeki hang, dia terpaksa sebab tak ada orang nak luahkan, mungkin laki tu yang terlebh dahulu cakap, tapi hati dia tak tetap ngan orang tu. Memang tak elok kita ganggu dia ngan tunang dia, tapi jodoh pertemuan di tangan TUHAN. Kita hanya merancang, dia yang tentukan, so try end error. Aku rasa dia open. Yang penting Ayup, kalau hg dapat kakak aku tu, hampa kena bincang dia jangan dok compare hang dengan tunang dia dulu dan hang jangan dok mengungkit kisah lama sebab hang yang ambik dia. Cuma bina hidup baru dan bersama membahagiakan kehidupan.
Ayup: Adoi-adoi,……
Perbualan aku ngan Ayup hari tu kira-kira 1 jam jugak la dalam biliknya, dan aku terpaksa meninggalkan dia sebab perlu ke kelas Kewartawanan Foto yang diajar oleh Pak Ngah.
Kalau tak salah waktu tu aku dalam sem dua pengajian, dan sampai sekarang aku tak pernah tanyakan Ayup tentang hal itu.
Ayup aku lupa tanya hang semalam ending story, hang ngan kakak tu jugak ke dia tetap ngan tunang dia,.
Apapun dh hampir empat tahun cerita ini dan aku sendiri lupa nak tanya Ayup.

MFZA: Kalau anda ditempat Ayup, kakak dan tunang kakak, mcm mana penyelesaiannya,. Aku redha ketentuanNYA. Berani mencuba, berani hadapi.

Sebenarnya kita sering melakukan perkara ini, cuma kadang-kadang terlalai dan mengambil mudah perkara ini hinggakan terlalu alpa.

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

“Dosa-dosa besar itu ialah menyekutukan Allah, berani menentang orang tua, membunuh seseorang bukan pada haknya dan bersumpah palsu”
(Riwayat Bukhari)

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat
Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :

* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini? Lalu dijawab :
“Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari.
Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi.”

Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama “Huraisy” berasal dari anak kala jengking.
Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti
jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : “Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?”
Huraisy pun menjawab, “Aku mahu mencari lima orang.
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak.”

Simpanlah baik2 amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari.
Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya’Allah  langkah berbahagianya anda semua yang mempunyai anak lelaki dan dididik pula melaungkan azan di masjid2 maupun disurau2..
Amin. Wasallam.

Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni segala dosa2 kita yang lalu dan hari ini.
Azan adalah dakwah yang paling utama sekali kerana ianya mengajak kita membuat kebaikan dan mengingati Allah swt. Secara tidak sedar kita sentiasa didakwah sebanyak 5X sehari. Cubalah hayati setiap perkataan dan jawaplah seperti yang disarankan. Bagi orang yang melaungkan azan pula jika dia berniat untuk seluruh alam (spt yang disarankan olih Allah kepada Nabi Ibrahim alaihisallam) muazin itu akan mendapat pahala umat islam seluruh alam yang bersolat pada hari itu, begitulah kelebihannya yang Allah beri.
Wassallam.

ADAB MENDENGAR AZAN
Kematian itu pasti menjelma.
Hanya mas a dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ‘ sakaratul maut’ .

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:
“Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya..”
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang .
Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya .
Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.
Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang
berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .
Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah “Lailahaillallah. .” yang mana sesiapa yang
dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn
izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kitasedang dicabut.

“Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah “Lailahaillallah. ..”
semasa sakaratul maut menghampiri kami..
Amin.. amin.. amin Yarobbala’lamin ..”


Palie, thanks for being my friend and everthings we’ve shared together here was being a very very sweet memories…
Do not ever forget me k… Jauh di mata dekat dihati…
Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul…
Frienship is never end…
Will miss u always…Thanks 4 everythings…

Brothers – Doa Perpisahan

Pertemuan kita di suatu hari
Menitikkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku kehadap Ilahi
Di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah di atas suratan
Kutetap pergi jua

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu

Mencari hidayah dari pada-Mu
Dalam mendidikkan kesabaranku
Ya Allah tabahkan hati hamba-Mu
Di atas perpisahan ini

O.. uwo.. ho..

Teman betapa pilunya hatiku
Menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan
Telah kita rasa bersama
Semoga Allah meredhai
Persahabatan dan perpisahan ini
Teruskan perjuangan

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu

Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga… Tuhan berkatimu

Oo.. ho.. o…

“Usah tangisi akan perpisahan sebaliknya tangisi akan pertemuan. Tanpa pertemuan, maka tiadalah perpisahan”

”Hidup memerlukan pengorbanan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan.

Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.”

Regards,

Atiqah Ya’acob @ Selamat
Wartawan Sinar Harian
Lot 2, Jln Sepana 15/3,
Off Persiaran Selangor,
Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Hp: 0173900963
Voice: 03 5101 3341
Fax: 03 5101 3338
email: atiqah@sinarharian.com.my

Next Page »