Malam minggu lalu aku berkesempatan meninjau bandar raya seremban, jam ditangan lebih kurang menunjukkan 2.45 pagi.

kereta yang dipandu aku mula menyelusuri bandar seremban, ini adalah pertama kali aku mengunjungi ketika waktu sebegitu.

apabila sampainya aku, suasana yang paling menarik sekali ialah mat rempit bermaharaja lela di kawasan jalan raya, seolah-olah mereka sahaja y dok bayar road tax, sedangkan sebahagian daripada mereka tak ada road tax.

yang paling sakit hati, aku terpaksa berhentikan kereta walaupun ketika itu, laluan aku trafik light sudah hijau. Pelik jugak dalam kerancakan itu aku langsung tidak nampak kelibat anggota polis berbanding di KL petrol car diletakkan merata tempat.

Mungkin ini adalah faktor utama mengapa banyak mat rempit di seremban berbanding KL, maybe line clear kot. Sepanjang permanduan aku juga, satu permandangan pelik tapi benar yang aku lihat, dua mat rempit dibesalah hampir 40 mat rempit dari kumpulan lain. apa kesudahan dan nasibnya hanyalah dia y tahu,..

Aku harap polis negeri sembilan lebih pro aktif menangani hal ini, kerana otai mat rempit adalah dari kalangan kita juga, iaitu melayu,..